Translate

Tuesday, February 11, 2020

Kosong... Kosong... Kosong...



    Aku dari dlu sukakan nature. Kawan dengan lembu. Nak termenung pun masuk hutan. Hutan kat rumah tok aku ja pun. Hutan nipah. Perati rumpun buluh. Seluk ikan kaqin. Merayau sorang-sorang. Jemu baru cari kawan. Paling-paling pi cari tokcik aku. Toknjang aku. Pi cari siput pait. Melawak berkelaie pimai2... balik. Hadap An aku... tebang pisang... kutip asam... kacau dia bg makan ayam... lepas tu dia nak sakai aku ngn kayu... mcm tu la...  Cabut uban tok. Picit kaki dia... picit pala dia... 
    
    Aku dlu kencin mlm. Semua org xmau tdoq ngn aku. Tp yg setia tdoq ngn aku, Tok aku. Setiap kali aku balik rumah dia... mesti dia ydoq ngn aku. Sebelum2 tu... aku tdoq bilik cu aku. Boh toto.. lapik plastik ngn kain batik... Masa abah bawak tok yam dok ngn kami, aku keja jaga tokyam. Dia mata x nmpk. Sbb kena kayap dlm kepala tapi x berubat. Ganggu saraf mata. Antara kerja aku... pimpin pi mandi... pimpin pi ambk ayaq smayang.... part aku suka... pebetoi arah sembahyang dia... tiap kali lps sujud, bila berdiri tegak(tak tegak pun sbb tokyam dh bongkok) mesti beralih arah... aku pusing pungkoq dia... hahahhaha...
    
    Pernah di hujung2 usia dia... dia dh nyanyuk sket, dia nak mandi telaga. Rumah dia di Hutan Kampung ada telaga. Aku bwk dia jalan pusing rumah... bwk pi bilik ayaq jiran sebelah... bilik ayaq depa kat luar rumah... berbumbung bagai... air sejuk.... seronok dia aku juruih dgn ayaq telaga... rasa sejuk....Sekadar memenuhi permintaan.... Aku ni nak kata boring... x la boring... suasana sunyi ni aku suka. Dh seminggu dalam wad. Dok sorang2... byk la terobek aku. Sat gelak... sat tereyak... hahahahhahaha..... Aku tengah cari kekuatan nak balik bekerja. Sungguh aku xdak kekuatan tu. Jiwa aku kosong. Kosong. Kosong.

Sunday, February 9, 2020

Aku Apa Rasaku

Setelah beberapa hari bersendirian di dalam wad. Setelah 2 minggu ditinggal pergi. Aku cuba selami apa rasa aku. Apa dalam hati aku. Apa dalam diri aku. Aku akhirnya faham sedikit demi sedikit. Aku bukan menangisi pemergian abah seperti aku dalam usiaku kini. Aku seperti anak tadika yang kehilangan abah.
Mana lelaki tua yg memimpin tangan aku melintas jalan ke sekolah. Mana lelaki tua yg memimpin tangan aku hingga ke tangga sekolah. Mana lelaki tua yg mengendong aku naik tangga sekolah saat aku xmau sekolah. Mana lelaki tua yg menunggu aku diseberang jalan tatkala cikgu melepaskan aku melintas jalan utk pulang. Mana lelaki tua yang menahan dadanya utk aku gentel sehingga tertidur. Mana dia.... mana...
Dia dibungkus... dia diusung pergi... pergi dari aku. Dia akhirnya ditimbus dengan tanah pada kedalaman 7 kaki...
Puas aku menanti. Dia xkan pulang lagi.
Sepi hidup aku. Sepi dunia aku. Tiada lagi gelak tawa. Tiada lagi rengusan marah. Tiada lagi dia. Tiada lagi. Yang Maha Pencipta telah mengambil kembali pinjamanNya pada aku.
Yang tinggal untuk aku hanyalah kenangan.
Abah..ni Ashikin abah. Rindu pada abah. Aku sanggup dimarah walau 100 kali sehari asalkan ada Abah untuk aku. Namun apakan daya... sudah takdir Allah abah pergi dahulu.
Aku masih ingat hari pertama aku masuk tahun 1. Abah hantar aku. Abah tunggu aku depan kelas. Kelas 1 Merah. Abah bawa aku ke kantin. Abah ambil aku balik dari sekolah. Bila hari ambil kad kemajuan, abah datang sekolah. Abah sengih saja dgr komen cgu pasal aku. Maklumlah... aku pandai. Komen baik2 saja. Abah akan usap kepala aku. Darjah 1.... darjah 2....
Hari penyampaian hadiah, mak yang datang sebab abah meniaga.
Paling aku suka bila pagi2 abah sikat rambut aku. Masa tadika. Masa darjah 1.
Abah, anak abah usia 39 bila abah tinggalkan. Tapi jiwa yg bersesih ni seolah olah berusia 6 tahun. Terlalu fragile.
Muka abah sejuk sangat malam tu. Sejuk sangat bah. Tak puas peluk abah. Tak puas cium abah. Abah... jiwa ini perlukan abah.
Jiwa ni tak kuat bah. Lemah....
Seperti mana abah terjatuh hari tu... seperti itulah anak abah terlungkup sekarang............

Saturday, February 8, 2020

Abah


Belum sebulan kau pergi. Tetapi dunia terasa terlalu lama tanpamu. Tiada lagi abah yg boleh dibawa bergurau. Gelak tawa... rengusan marah... semua sudah tinggal kenangan.
Tanggal 27 January 2020, aku kehilangan Abah. Diusia 79 tahun 11 bulan abah tinggalkan aku. Pada umur 39 tahun 10 hari aku bergelar anak yatim. Pada ketika aku masih memerlukan dia disisi. Hancur luluh hatiku. Tergapai gapai mencari arah.
Masih terkenang kata- kata abah pada kali terakhir kami bersua. Kalau aku tahu itu terakhir kalinya... akan aku peluk abah kemas. Takkan aku lepaskan abah.
Teringat habit masa kecil... sebelum tidur mesti menggentel tetek abah. Tak gentel x lena tidur.
Abah suka makan buah tembikai. Aku pun sama. Abah suka makan durian. Aku pun sama. Abah suka makan pasembot. Aku pun sama.
Bah.... chek rindu abah. Rindu yg x dpt diucapkan. Rindu yang sukar dilafazkan.


Thursday, June 8, 2017

Ramadhan Datang Lagi

Ramadhan pasti kembali selagi kiamat belum menjelma.
Setiap tahun, menjelang Ramadhan, jiwa menjadi extra sensitif. Kesedihan menjelma berganda ganda. Hati yang sedikit riang, berubah sepi. Kenangan demi kenangan datang menjelma. Mengetuk jendela hati.
Apa jua rasa yang mendatang, tahap sensitiviti agak menipis. Salah tebak mau temboih.
Tahun ni awal Ramadhan dalam cuti sekolah. Dua minggu kot. Punya la syoq dok kampung. Tak gaduh pikiaq nk masak utk berbuka. Nak masak utk soq. Semua Mak bereskan. Aku cuma perlu topapkan bahan mentah saja. Ikan..udang..ayam..daging..sotong...sayaq....
Lain semua mak bikin. Hahahhahahhahaha.... hati banyak senang.
Lepas abis cuti...hg sendiri mau ingat la. Hahahahahha... hilang la baloq liat tu....
Lepas ni kita kasi up picca2 menu berbuja dan sahur.
Adios....

Perginya Seorang Ayah, Seorang Sahabat dan Seorang Jiran

Tanggal 11.45 mlm 3.12.2015 telah pergi menemui yang Maha Pencipta Encik Salleh bin Yob. Berbahagialah dirimu wahai PakNgah Leh. Semoga rohmu dicucuri rahmatNya. Al-Faatihah....

Monday, July 25, 2016

NAFKAH ISTERI DAN IBU-BAPA; MANA YANG DIDAHULUKAN?

Soalan; 
 
1. Apakah hukum suami yg selalu mengabaikan nafkah anak isteri kerana mengutamakan keluarganya di kampung? - Suami bukanlah anak lelaki sulung atau anak lelaki tunggal.

2. Bolehkah keluarga di kampung terutama ibu dan ayah meminta duit (terlalu kerap) dari anak lelakinya padahal anak lelakinya juga perlu bertanggungjawab pada anak isteri? - Ayahnya masih berkerja tetap selalu mengalami masalah kewangan.

Syukran jazilan atas jawapan yang diberikan.

Jawapan;

1. Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa). Urutan nafkah adalah seperti berikut;
a) Diri sendiri
b) Isteri
c) Anak
d) Bapa
e) Ibu
f) Cucu
g) Datuk
h) Saudara
i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.

Urutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46). 

Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).

Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.

Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;

a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.

b) Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.

Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anak.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi.
2. Manar as-Sabil, Ibnu Dhuyan.
USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL 
http://ilmudanulamak.blogspot.com/2011/02/nafkah-isteri-dan-ibu-bapa-mana-yang.html?m=1

Copy&Paste