Translate

Friday, February 7, 2020

Tolong Aku Rakyat Malaysia.

     Setelah sekian lama bertahan. Kini aku jatuh kembali. Aku ditinggalkan lagi. Giliran abah pula tinggalkan aku. Berada di katil hospital membuatkan aku terfikir. Aku x layak berada dan berdampingan dengan orang ramai. Aku tak mampu melihat murid2ku dipimpin bapa mereka ketika pulang dari sekolah. Aku tak berdaya memandang orang tua menaiki motorsikal dijalanan. Tolong aku rakyat Malaysia. Aku buntu. Aku belum bersedia untuk hidup tanpa Abah. Biarpun aku jauh dari Abah... Abah sentiasa dihatiku. Tengok buah tembikai aku igt abah.

    Tengok suratkhabar aku ingat abah. Tengok jagung aku ingat abah. Aku jadi dengki dengan anak2 aku sendiri sebab mereka masih ada papa. Tolong aku rakyat Malaysia. Doakan aku tabah. Sebagai seorang pengidap MDD, setiap tekanan yg datang pada aku walaupun sama dan hampir serupa dengan orang lain, pada aku adalah tidak sama.

    Penerimaan mental kita tak sama. Aku tahu redha. Aku tahu pasrah. Aku tahu apa itu ujian Allah. Dan penyakit aku ni juga salah satu ujian Allah buat aku. Aku cuba rasional. Kadangkala aku berjaya. Aku selalu sabarkan orang. Aku selalu bagi semangat pada orang. Tapi bila kena batang hidung sendiri, aku kalah. Aku gagal merancang. Aku gagal berfikir. Solat? Zikir? Semua aku buat. Aku pun Islam macam korang. Aku khatam Quran 3x. Yang aku tahu, aku nak pastikan aku jumpa Abah di syurga. Berbimbing tangan seperti dlu... semasa abah hntr aku ke tadika.

    Abah, anak dagu berlapis abah ni rindu... serindu rindunya.





No comments:

Post a Comment