18... will be my lucky number forever I guess. But my favourite never changge... 7.
aku telah dilahirkan pada 18 Januari 1981.
aku melahirkan 'Azim pada 18 November 2006.
tapi bila di tilik kembali, arwah tok 18 Oktober, arwah an 18 disember....
biarkan tarikh-tarikh ni... sebab sampai bila pun, ia takkan berubah.
since dah lama aku tak berkisah di blog ni... alang-alang buka, meh kita kongsi cerita hati aku ni....
Aku pasti, semua orang pernah dengar istilah 'Mati Bini'. Tapi ramai mana yang betul-betul melihat situasi itu atau mengalaminya sendiri. Aku mula memerhati situasi ni masa Arwah Tok Leha aku terlantar sakit di rumah selepas checked out dari Hospital Yan. Balik dari hospital setelah seminggu warded. Hari pertama, kedua dan hari ketiga arwah tok masih sedar. Bermula hari ketiga petang atau hari keempat aku kurang ingat, tapi, aku pasti masanya. Tengahari. Semua orang mula keluar buat urusan yang tertangguh sejak arwah tok masuk wad dan juga balik kemas rumah masing-masing yang diabaikan sejak seminggu lepas. Cu, Cik ngan Kak aku masak kat dapur. Sesambil masak, Cu aku dok pi tengok-tengok arwah tok yang dok baring. Aku tengok Tv. Tetiba Cu aku yang cengeng tu tereyakkkkk....(anak manja)arwah tok aku jadi semput x leh nafas. Kami semua dah macam tak tentu arah. Aku kena halau pi cari orang.... tanpa pikiaq panjang, aku lari pi umah njang aku....umah nek aku....
Sejak tu, takde sapa yang akan keluar atau tinggal rumah tok lama-lama. Cu aku ni cengeng tahap melampau. ye la, anak bongsu katakan.
Arwah Tok start koma lepas tu. Kami bergilir-gilir mengaji. Baca Yaasin. Selain ahli keluarga, kawan-kawan arwah ngn bekas-bekas anak murid arwah tak putus-putus datang. ziarah. mengaji.
Aku perasan perubahan arwah An masa tu. Dia sembahyang, lama. Lepas sembahyang, dia datang kat tok, bisik kat telinga.." Leha... mengucap..." aku, 1000 gelen Cu aku tereyak, aku buleh tahan tengok lagi...tapi bila An mai bisik macam tu kat Tok, hancur luluh hati aku...
Malam tu, Pak Lang ambik alih tempat aku. Mengaji. Aku masuk tidur. Baru nak letak kepala atas bantal, aku nmpk semua orang yang berjaga diluar, berlari masuk.
Aku bangun dan pergi ke tempat arwah tok baring... rupanya.. Arwah Tok sedang menghela nafasnya yang terakhir. dalam sekali arwah tarik nafas.....lepas tu, nafas tok turun perlahan-lahan. Tokngah Ani mengesahkan, Tok dah pergi menemui Maha Pencipta. Suasana jadi sepi seketika....lepas tu.. slow... ada esak tangis... perkara pertama aku buat, menyebut Innalillahhiwainnahirajiunnn... aku pandang An, muka dia kosong. Aku angkat ganggang telefon, call umah njang aku. sebab Pak Njang aku ngn sepupu aku, Zaidi, balik umah jap. Paksu aku ngn sapa ntah, pi kejar bas ekspress. Abg Det aku dalam bas. Nak balik UPM. Exam. Tadi dia pi hantar naik bas. Ni, dia pi ligan bas, ambik balik pulak......
Esoknya, masa nak kafankan Tok, anak cucu semua dah buat cium-cium Tok buat kali pengabisan, An tetap juga tak muncul-muncul. Tokngah Ani suh panggil An jugak... semua orang cari An tak jumpa. Aku pun bangun pi cari An. Aku jumpa An kat tepi tali air belakang rumah. Belakang pokok pisang. Mula-mula dia tak mau pi. An tatap muka Tok dengan sekilas pandang saja. Mungkin sebab terlalu sedih agaknya.
Semasa Tok Imam baca talkin, aku terpandang An. Aku pun sebenarnya menahan perasaan ja. Tak mau meraung. Aku tengok, An kejap-kejap lap air mata dengan hujung baju dia. Sapa sangka, Tok Salleh yang peqongoih buleh macam tu. Sapa tak sayang bini kannn...
malam tu, lepas tahlil, An tertidur atas kusyen. Ndak aku suh aku siapkan tempat tidur untuk An. Lepas tu aku kejutkan dia suh tidur dalam bilik. Small the matter je la kan. Yang membuatkan aku sebak tu, esoknya... bila aku nak kemas tempat tidur dia. Rupanya dia tidur tempat dia, bahagian Arwah Tok, kemas, siap ada bantal ngan selimut lagi. seingat aku, masa aku siapkan tempat tidur dia semalam, aku tak buat macam tu. Aku tak taw lama mana keadaan macam tu tapi aku perasan banyak kali juga la bila aku kemaskan tempat tidur dia.
Sepanjang hayat arwah An selepas kematian arwah Tok, aku bukan takat perasan malah dah ter register dalam kepala otak aku dah... setiap kali bercakap tentang apa-apa saja yang boleh atau mengingatkan dia pada arwah Tok, arwah An akan kata... ha... Kak Leha hang dulu .... Wa hang dulu.... Ngah hang dulu... Mak hang dulu.... Tok hang dulu.... ayat-ayat tu tak pernah lepas dari mulut dia.... sampaikan goreng ikan pun dia suh aku " goreng macam tok hang buat dulu.... rebuih ikan tu... boh garam dengan asam lebih sikit... lepaih tu baru hang goreng.... jangan garing sangat...( dia xdak gigi)
aku pun... sambey besiang ikan sambey tereyak..... goreng ikan pun.. ayaq mata dok masuk dalam belanga ja.....
Malang bagi aku...di saat akhir hidup arwah An, aku takdak di sisi dia. Hajat arwah nak menghembuskan nafas terakhir kat rumah dia sendiri tak kesampaian atas sebab2 yang aku tak boleh nyatakan disini. Terlalu sensitif. Tak baik buka aib orang kan. Agak dramatik juga perjalanan pulang aku ke Kedah masa tu. Aku di Melaka. MPPM tercinta. Seawal jam 7 pagi aku naik bas ke KL. Sekitar jam 9.30 pagi aku bergerak ke Kedah menaiki bas ekspress. Bas ekspress yang takkan aku naik lagi sepanjang hayatku ini. Sepatutnya aku boleh sampai Kedah sebelum waktu Asar. Disebabkan kebodohan kebangangan kesialan kehawauran kecibaian bas ni.... Magrib aku sampai Kedah. Itupun aku turun kat Sungai Petani. Sewa teksi plak. Siap paksa pakcik teksi tu drive lelaju. Takpa pakcik, saman saya bayaq. hahhahaha. Apapun tq pakcik teksi. Free.
Masa orang kesah nak smayang magrib, aku dok congok depan kubur arwah Tok n An. Apa aku buat selain sedekahkan Al-Fatihah, biar aku ja taw. Masih terngiang ditelinga aku, masa kali terakhir aku jumpa arwah An, aku tanya dia, nak makan apa, aku nak pi Sungai Yan. Dia kata kat aku, aku takmau makan dah aih...aku nak mati. Aku terduduk dan terdiam. itu yang terakhir sekali aku bercakap dengan arwah An.
Kalau arwah Tok ajar aku mengaji al-quran, arwah Tok Yam bagi aku inspirasi bagaimana menghafal surah yaasin, arwah An pula ajar aku semai padi, merumput di bendang, tebang pisang, kutip nyoq, pecerah rumpun buluh, tambat lembu, tangkap ayam dan banyak lagi. period.
No comments:
Post a Comment