Translate

Wednesday, September 9, 2009

Malam 7 Likur


Masih terbayang di ruang mataku..kenangan semasa kecil menjelang malam 7 likur. Aku ngan Pakdin sibuk cari balik pelita-pelita raya yang lepas. Bersihkan dan cari sumbu baru. Pacak tiang-tiang untuk gantung pelita keliling rumah. Indah sangat masa tu. itu kalau kat rumah kami. Kalau kat rumah Tok, lain pulak situasinya. Ikut Arwah an tebang buluh. Kutip penutup botol ngan besi bulat. Nak buat pelita buluh. Pacak tiang sepanjang batas bendang. Dari jauh kalau malam-malam nampak cantik sangat. Semangat giler nak raya.

Malam-malam pulak..usai saja berbuka puasa, aku dah intai luar tingkap. Tunggu signal dari Maim. Nak kuar main mercun ngan bunga api. Kekadang kalau bunga api @ mercun kami dah habis, kami bawak pelita sorang satu, round satu kampung. Best giler. Itu masa zaman kanak-kanak aku. Belum cerita sembahyang terawikh dengan ani & ana. Kembar yang jauh bezanya. Balik sembahyang kena ligan dengan Udi Gila. Kita orang siap sembunyi belakang tong ikan lagi. Udi Gila....Kesian dia. Tekanan perasaan sebab nenek dia meninggal, dia jadi kusut. lLepas tu ambik dadah. Terus jadi gila.

Bila family aku dah pindah dari kampung tu, kami bawa haluan masing-masing. Kat kampung sekarang ni, kami pakat-pakat pasang pelita sepanjang lorong rumah kami. Dah jadi macam laluan bercahaya la pulak.

Itu semua kenangan. Sekarang ni aku nak bangkitkan semula kenangan tu dalam jiwa anak-anak aku. Pasang pelita dan main bunga api. Mesti best kan...

No comments:

Post a Comment