Hari ini genap 6 hari umat islam sedunia berpuasa. Aku hari ni hari ke 5. Semalam aku terpaksa berbuka atas2 sebab-sebab kesihatan. Semalam kami di Kedah. Dua hari di Kedah. Hari ini kami di Kelantan. Menyambut Ramadhan al-Mubarak bersama-sama keluarga. Keluarga aku dan suami. Badan agak lesu. Letih mengharungi perjalanan yang jauh.
Tadi sebelum bertolak ke Gua Musang ni, aku sempat menziarahi pusara arwah Tok Leha, An dan Tok Yam. Pusara arwah Tokwan, memang payah sikit nak cari. Hanya Abah saja yang cam. Maklumlah, ketika arwah Tokwan meninggal, aku baru darjah 2. Sebak menyelubungi hati tatkala mengingati mereka terutama Tok Leha dan An. Mungkin kerana mereka yang paling lama mendampingi aku sedari kecil hinggalah dewasa. Tok Leha, satu-satunya insan yang aku rasa ikhlas menyayangi aku. Hanya kerana aku ini adalah aku.
Hidup harus diteruskan. Aku kini mempunyai tanggungjawab yang besar k atas anak-anakku dan juga suamiku. Mereka kini keutamaanku. Aku bahagia bersama mereka. Aku yakin, jika arwah Tok dan An ada, mereka pasti gembira melihat aku bahagia kini. Dan aku amat yakin bahawa mereka bangga dengan pencapaianku. Aku kini adalah seorang guru. Mendokong cita-cita arwah Tok terhadapku.
Al- Fatihah....
No comments:
Post a Comment