Translate

Thursday, January 31, 2013

31 January 2013..... 0520 am.......Ermanani....Pergimu Takkan Kembali.... Abadilah Kau Disana Duhai Sahabat

30 Januari 2013... rancak aku berbual panjang dgn Bart, suami sahabatku Nani. Intipatinya eah tentu pasal Nani...Kesihatan Nani topik utama kami. Kami mengupas semula punca penderitaan Nani. Permulaannya hinggalah sekarang. Isi2 perbincangan tu biarlah aku dan Bart je yang tahu. Sebelah petangnya, aku baca pula status fb BartNani. Seronoknya hati. Nani dah buleh start dialisis. Akan tetapi, sebelah malamnya, aku dapat mesej dari fb BartNani. Ringkas tapi padat. NANI TENAT.Terkedu aku. Langsung Bart aku hubungi. Selepas dapat kepastian dari Bart, aku msg kawan sekelas kat MPPM dulu. Itu part semlm a.k.a malam tadi. Subuh tadi, aku bangun awal. Tolong incik hasben pack barang untuk outstation. Tergerak hati utk on fb. Status fb BartNani dulu aku cari. OMG! Lewat aku cuma 5 minit dari jam perginya Nani buat selamanya.....Terus aku call Bart utk kepastian. Adakah Nani atau orang lain yang dia maksudkan. 2 kali Bart reject call aku. Lepas tu di call aku semula. Positif! Status Bart adalah perihal perginya Si Isteri Tercinta.... Ermanani... Buat Arwah Nani, Pergilah sahabat....lupakan derita kesakitanmu... damailah kau bersamaNya. Kenangan kita abadi dalam ingatanku selamanya. PREZENGTESYENG. Period.♡

No comments:

Post a Comment