Aku hairan dengan mentaliti sesetengah masyarakat sekarang. Menagih simpati kerana hidup serba daif. Seingat aku dulu, keluarga aku pun suasah. Sangat susah. Tapi alhamdulillah, ibubapa aku kuat berusaha demi memperbaiki taraf hidup keluarga kami. Memberi tumpuan pada pelajaran anak-anak kerana pelajaran adalah saham masa depan bagi orang yang tak punya seperti kami. Tahap mana susahnya kehidupan kami dulu??? Apa yang dapat aku korek dari memori otak aku ni, sekitar tahun 90-an, tinggal di kawasan pekan di sebuah rumah sewa dengan harga RM20.00 sebulan. Rumah tanpa bekalan elektrik. Berbekalkan cahaya pelita minyak tanah, kami mengulangkaji pelajaran. Kemudian, abah aku beli pula pelita gasolin. Terang la sket malam-malam kami. Abah dengan mak aku menyara kehidupan kami dengan menjual laksa. Satu sumber yang sangat bagus kerana laksa karim menjadi pujaan penduduk-penduduk sekitar. Silap-silap kena marah kalau tak berniaga. Kemudian abah aku mohon bantuan pinjaman mesin tebu dari KEDA. Itupun macam-macam hal nak kena buat. Tapi dapat la jugak. Bukan percuma tapi berbayar. Maka bermulalah rutin baru aku dengan abang aku, kikis kulit adn basuh tebu. Mula-mula memang excited la. Pastu, rela paksa le buatnya. Tapak tangan dan jari habis melecet. KEDA ni bukan bagi saja, siap datang memantau lagi. Nak jadikan cerita, pada satu petang yang hujan lebat, Pegawai KEDA bagi kawasan Kuala Muda/Yan, mai la melawat mesin tebu yang dah di bagi tu, jejak ja kaki dia kat rumah kami, dia pandang tepat ke muka abah aku....lalu, jadi la kisah jejak kasih..."la....Pak Lang rupanya...ingat sapa la...." dia pun peluk la abah aku. Anak menakan sepupu abah aku rupanya pegawai tu. Dia pun check la seluruh pelusuk rumah kami. Mungkin kesian dengan keadaan daif keluarga Pak Lang dia. Tak lama lepas tu, dia mai balik ke rumah kami. Bagi borang suh abah aku mohon rumah PPRT KEDA SG UDANG (rumah sekarang ni lee..) Abah aku pun mohon....dan dapat la sebab penghuni rumah tu dulu dah tak nak duduk. So, sampai sekarang ni, ini le rumah keluarga kami. Cerita bab sekolah pulak, aku dengan abang-abang aku, kami tak pernah dapat apa-apa bantuan selain RMT. Itupun sekali ja aku dapat RMT. Lepas tu dah tak dapat sebab cikgu aku kata abah aku tokey laksa. Kaya berlaksa-laksa. Dah tak dapat, takpe lah. Takde pulak mak ke abah aku ke nak datang sekolah bising-bising macam sesetengah ibubapa zaman sekarang ni. Pelajaran anak-anak macam tak sekolah. Bantuan dikejar sampai tahap cikgu-cikgu pun dicakap yang bukan-bukan. Pelik kan. Yang bertambah peliknya, orangnya sihat gedang, usia muda, tapi mengaku hidup susah. Memang hidup susah.Anak-anak datang ke sekolah, kusut masai, comot dan kadang-kadang busuk. Mana daya usaha mereka-mereka ni? Kerja ada dimana-mana. Adakah kerana mereka MALAS? Wallahualam. Zaman sekarang, sampai yuran sekolah pun ada bantuan. Aku dulu, mak aku kumpul duit syiling dalam tin milo. Buat bayar yuran sekolah. Jenuh cikgu aku bilang.
Baru-baru ni, nak kata terkejut sangat takde la. Tapi keluarga murid aku ada la masuk berita harian. Kehidupan susah. Tak dapat beli baju raya. Malas nak kesian. Bantuan dah macam-macam bantuan dapat. Kat sekolah, cara sekolah. JKM la, JAIM lagi. Bahagian usaha mana???? Kilang belambak kat bukit rambai ni. Pi la kerja. Kerja nak senang. Susah sket nak merungut. Apa nak jadi kalau macam tu????? Mana pergi semangat untuk memajukan kehidupan dalam diri mereka? Buat anak pandai, nak bela anak, sana sini orang nak kena bantu. Bukan aku nak riak atau takbur, tapi hari ini, anak-anak tengok contoh yang mak dan ayah mereka buat, masa hadapan, tak mustahil mereka akan buat perkara yang sama.Betul tak? Memang masa depan kita tak boleh nak tahu. Semuanya kerja Allah. Tapi usaha kita bakal menentukan apa yang akan berlaku akan datang. Usaha Tangga Kejayaan.
No comments:
Post a Comment