Translate

Saturday, May 14, 2011

Hari Guru

aku kekal sebagai seorang murid bagi guru2ku......



Jazakumullahu Khairal Jaza'

Encik Guru


(Buat Warga Guru)

Padanan ‘encik’ dan ‘guru’
Tercetus sebutan baharu ‘cikgu’
Nama keramat dimulia, penitis ilmu
Membakar bicara mesra dan bermakna
Anak didik serta ummah.

Encik guru,
Suara dan lontaran susunan katanya
Zarah-zarah ilmu jadi ikutan
Membernas keinsafan
Membangkitkan keluhuran
Membasahi kontang kesempurnaan
Buat anak didik tohor pengalaman
Berlarian mencari diri
Mengenal erti kelopak kehidupan.

Encik guru,
Kerjanya memangkas akar kejahilan
Membongkar tunjang kesesatan
Membina tamadun kemanusiaan
Memahat arca kegemilangan
Melakar kehidupan bertuhan.

Encik guru,
Buah akhlak masyarakat disukat
Masyarakat hidup dirimbun bahagia
Tiada jahat prasangka
Hidup dalam sangkar damai
Walaupun bangsa berbeza
Walaupun budaya tidak serupa
Walaupun bahasa tidak seraga
Walaupun kepercayaan tidak sama
Berkat titisan penawar ajaranmu
Bersama-sama mereka
Menghayati dan menghirup
ubat persefahaman.

Encik guru,
Ada ketikanya
Gerimis duka menimpa,
Dalam ribut rasa
cairan hempedu tersepuh
kerenah anak didik luar biasa.

Encik guru,
Tempangnya budaya anak muda
Rosaknya kesantunan bahasa
Terhakisnya kepercayaan dan agama
Keinsafan untuk negara dan bangsa
Tiada dalam kotak mindanya
Encik guru jua penanggung silapnya
Racun tuduhan tanpa sisipan penawar
Berterusan pula, diratib merata
Mulianya encik guru ditelan sirna.

Encik guru,
Kita mulia ada martabat
Bina bangsa berdaulat
Dengan semangat dengan kudrat
Mengheret amanat selagi larat
Kerana perjuangan besar berkeringat
Untuk insan mulia yang hebat
Mencurah jasa bakti tanpa penat
Melampaui garis waktu disurat
Melebihi bejana tenaga yang diharap.

Encik guru,
Lakarlah lukisan kehidupan
Berbekal latar kesabaranh
Di bawah awan kerahmatan
Bersama hamparan keikhlasan

Titipan tinta,

Abdul Talib Hamid
Pegawai Pelajaran Daerah
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat
2 Mei 2010
Jumaat 6:22pm
source frm: http://zuekay.blogspot.com/2010/05/ucapan-buat-guru.html

No comments:

Post a Comment