Translate

Saturday, August 22, 2009

RAMADHAN DATANG LAGI...

Setelah setahun menghilang..kini Ramadhan, bulan penuh keberkatan, muncul kembali. Alhamdulillah...dapat lagi kita merasainya...

Masih aku ingat..masa dulu..aku paling tak suka bangun sahur(soq) sebab perut aku ni..kalau aku sahur, sure lunch time meragam...mintak di isi..

Pengalaman paling berharga buat aku semasa Ramadhan...dalam tahun 2001 rasanya...Maksu aku mengandung anak ke-2, alahan teruk..tak boleh makan, tak boleh masak...dia punya mabuk..tahap gaban..Masa tu Arwah Tok dah takde..kat rumah tu yang ada cuma An, Cu, Paksu & anak dorang, Along....

Cu mintak tolong aku masak sepanjang bulan tu....mula-mula rasa malas ja..tapi teringatkan An, aku pun setuju. Bayangkan, manusia yang tak penah bangun sahur, tak penah makan sahur, kali ni nak bangun untuk masak juadah sahur.

Dek kerana takut tak terjaga masa sahur, aku pun buat keputusan untuk tak tido sepanjang malam. Nasib baik masa tu TV3 bersiaran 24 jam. aku pun layan cerita2 kat tv sampai pukul 3.30 pagi. Tepat jam 3.30 pagi, aku pun masuk dapur. Masak. Arwah An pantang makan makanan yang dipanaskan especially nasi. Lauk dia terima lagi. Masak nasi, goreng ikan, panaskan mana-mana makanan yang membangkitkan selera. Tepat jam 4.30 pagi, aku kuatkan radio. Masa tu aku dengar THR sebab ada laungan "bangun!bangun!bangun! Sahur!Sahur! Wake Up! Wake Up!..Bukan apa, malas nak panjat tangga, kejutkan Paksu aku. Lepas settle semua kat dapo, aku smayang subuh....dan aku pon tido sampai kol 2 petang....

Pecah rekod sey..cukup sebulan aku bangun dan masak sahur.....

No comments:

Post a Comment